Wednesday, November 11, 2009

Antara Cinta & Sayang


How do I start?? talking about antara cinta dan sayang ??

Apakah yg kita faham dgn perkataan cinta... dan juga sayang...
Aku mula faham akan perbezaan disebalik perkataan cinta & sayang itu ketika di usia 20 tahun... ada yg kata, agak lambat...

CINTA
Cinta itu adalah satu perasaan yang kuat yang dedikasi pada seseorang ataupun sesuatu. Cinta selalunya dan seharusnya hanya untuk satu perkara ataupun individu. Kalau kita cintakan allah, maka satu saja cinta kita kepada tuhan ...takkan ada tuhan yg kedua. Begitu jugalah kalau kita cintakan pasangan kita...seharusnya setia pada yang satunya....

SAYANG
Pada aku sayang boleh diberikan kepada sesiapa pun... kita boleh sayang ramai orang. tapi atas sebab2 tertentu kita hanya cinta pada seseorang saja.

Kebanyakkan perempuan hanya memiliki satu cinta dan sayang mungkin tak terkira banyaknya. Dalam pengalaman hidup aku... aku sering memerhatikan bahawa lelaki boleh memiliki cinta yang lebih dari satu. Dan dari situ juga aku menyifatkan bahawa cinta seorang wanita yang lahir sesama manusia hanyalah satu. Cinta termahal dari jiwa yang ikhlas.

No comments:

Post a Comment